2010年6月24日星期四

APAKAH KESALAHAN MEREKA?

KENAPA NASIB MALANG JATUH KELUARGA WEE
Lima sekeluarga maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan- Segamat


Lima sekeluarga terbunuh dan tiga lagi parah apabila kenderaan pelbagai guna yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 87 Jalan Kuantan-Segamat pada 7.45 pagi tadi.Mereka yang meninggal dunia ialah Roland Wee Seng Hock, 56; anak lelakinya, Joash Wee, 23; serta dua anak perempuannya, Jasinth Wee, 18 dan Jelyn Wee, 16, dan ibu mentuanya, Lim Kim Boon, 79.
Mereka yang cedera parah pula ialah isteri Roland, Chew Chin Loi, 54, dan dua lagi anak mereka Jemima Wee, 17, dan Josiah Wee, 13 yang kini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
Keluarga itu berasal dari Taman Mas Ria, Muar, Johor.

没有评论:

发表评论